Shalawat Tausi’ul Arzaaq, Untuk Keluasan Dan Murah Rezeki

Advertisement

Bacaan shalawat Nabi banyak sekali ragamnya. Ada macam-macam bacaan shalawat. Dan Shalawat yang satu ini akan membawa keberkatan dalam hidup kita. Dengan membaca shalawat ini semoga kita dimurahkan dan diluaskan rezeki dan dirahmati oleh Allah SWT. Dia yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang.  Semoga semua  dosa-dosa kita diampuni oleh Allah juga.

Dan inilah bacaan shalawat ‘Tausi’ul Arzaaq’ untuk meluaskan rizki dan juga membaguskan akhlak kita:



Shalawat Tausi’ul Arzaaq, Untuk Keluasan Dan Murah Rezeki


Allaahumma solli 'alaa sayyidina Muhammad
solaatan tuwassi 'u bihaa 'alainal arzaak
watuhassinu bihaa lanal akhlaak
wa 'alaa 'aalihi wasohbihi wasallim

Artinya:

Wahai Allah limpahkanlah rahmat dan kurniakanlah Kesejahteraan atas junjungan kami Nabi Muhammad SAW. Dengan rahmat  yang dapat melapangkan rezeki kami dan membaguskan akhlak kami dan curahkanlah kesejahteraan atas keluarga dan para sahabatnya


Shalawat ini jika diamalkan secara rutin, maka dapat memperluas rezeki dan membaguskan akhlak. Caranya, bacalah shalawat ini 11 x setiap habis shalat fardhu lima waktu. Insya Allah fadhilah dari shalawat ini akan anda dapatkan. Amin….

Advertisement

1 Response to "Shalawat Tausi’ul Arzaaq, Untuk Keluasan Dan Murah Rezeki"

loading...